AHLI-AHLI LEMBAGA PENGARAH

Richway International / Ahli-ahli Lembaga Pengarah

Syarikat Richway International Sdn Bhd ditubuhkan pada bagi memformulasi, mengedarkan dan memasarkan produk-produk wangian. Syarikat ini diuruskan oleh Suhazlinda Bte Sahardin.

Faktor kejayaan sesuatu produk biasanya bergantung pada kualiti, promosi dan kekuatan pemasaran syarikat. Kelebihan pada faktor-faktor inilah yang dimiliki oleh Richway International Sdn Bhd dimana beliau telah berpengalaman selama hampir 10 tahun dalam bidang pemasaran produk kecantikan serta bidang pengiklanan.

Pada masa ini, beberapa produk syarikat ini telah berada dipasaran dan ia mendapat sambutan yang hangat daripada pengguna. Setiap produk syarikat dihasilkan dengan kawalan mutu yang tinggi bagi memenuhi kepuasan pengguna. Sehingga hari ini, produk keluaran Citra Anggun Jaya Marketing Sendirian Berhad sudah boleh diperolehi disetiap negeri di Malaysia termasuk di Brunei dan Singapura. Ini menandakan bahawa potensi syarikat ini semakin berkembang dari hari ke hari selaras dengan matlamat, misi dan visi yang telah disasarkan.

Puan Suhazlinda Sahardin

(Managing Director/Pengarah Urusan)
Mohd Hilmi Bin Haji Zakaria @ Mustafa adalah pemegang portfolio Ketua Pengarah Eksekutif di CAJM Group selama 7 tahun. Berkelulusan dalam bidang Pengurusan Perniagaan serta bidang Grafik dan Multimedia.

Beliau bertanggungjawab dalam merangka strategi promosi, publisiti dan aktiviti seperti pengiklanan media, kerjasama strategik, penajaan, penglibatan syarikat dalam ekspo-ekspo jualan dan karnival agar setiap aktiviti yang dijalankan oleh syarikat sentiasa mendatangkan keuntungan serta kesan yang positif pada kos yang efektif.

Disamping itu, beliau juga bertanggungjawab dalam kajian dan pembangunan produk bagi memastikan syarikat sentiasa menjadi peneraju atau ‘trendsetter’ dalam penghasilan produk kesihatan dan kecantikan tempatan. Sehingga hari ini, peranan yang beliau mainkan dalam syarikat adalah amat penting dalam perancangan strategi dan penentuan halatuju syarikat.

Sering tampil dalam mempromosikan produk serta aktiviti syarikat di media elektronik seperti televisyen dan radio. Disamping itu, kejayaan beliau dalam strategi pemasaran menyebabkan beliau sering dijemput dalam rancangan-rancangan berkaitan pembangunan usahawan bagi memberi memberi inspirasi kepada usahawan-usahawan baru sama ada melalui ceramah langsung atau rancangan di media.

Mohd Hilmi

(Executive Director/Pengarah Eksekutif)