RICHWAY INTERNATIONAL

Richway International

LEGACY PERFUME. WE ARE THE ONE

Legacy Perfume adalah sebuah jenama dibawah syarikat Richway International Sdn. Bhd. Ia merupakan satu jenama wangian yang dikeluarkan dengan 3 variasi utama iaitu Sukan, Selebriti & Private Label.

Setiap wangian dihasilkan dengan campuran bahan-bahan premium bagi memastikan haruman yang dihasilkan bertepatan dengan konsep seterusnya memberi kepuasan yang maksimum kepada pelanggan.

Variasi SUKAN adalah wangian khas yang dikeluarkan hasil kerjasama dengan persatuan-persatuan atau pasukan yang terlibat dalam aktiviti sukan.

Variasi Selebriti adalah wangian khas yang dikeluarkan hasil kolaborasi dengan dengan selebriti-selebriti dari dunia hiburan.

Variasi PRIVATE LABEL pula membuka peluang kepada orang ramai untuk mempunyai jenama wangian sendiri melalui kerjasama dengan Legacy Perfume.

Pada tahun pertama penubuhan, Legacy Perfume memfokuskan kepada Variasi Sukan dan telah menghasilkan 2 wangian iaitu Legacy Hijau Kuning dan Southern Tigers by Legacy.

Menariknya, Legacy Hijau Kuning telah diiktiraf sebagai produk wangian rasmi pasukan bolasepak Liga Super Kedah Darulaman dan rakan penaja media KFA.

 

TERBARU!

Southern Tigers by Legacy telah diiktiraf sebagai produk wangian rasmi pasukan bolasepak Liga Super Johor Darul Takzim FC (JDT FC) yang merupakan juara piala AFC 2015.

VISI

Menjadi pilihan utama pelanggan, rakaniaga dan pembekal dalam industri dengan berpegang teguh kepada 4 prinsip utama

  • Produk & Perkhidmatan yang berteraskan kepuasan pelanggan.
  • Melaksanakan program pemasaran yang kreatif serta efektif disamping sistem pengedaran yang efisien.
  • Memastikan hanya yang terbaik untuk pelanggan.
  • Pelaburan berterusan dalam pembangunan modal insan.

MISI

Kami sentiasa yakin dengan jenama-jenama produk yang kami hasilkan dalam menambah nilai kehidupan masyarakat kearah kualiti  yang lebih  baik.
Kami akan terus memformulasi, mengkaji sertahanya mengeluarkan produk-produk kesihatan dankecantikan yang inovatif, berkualititinggi, selamat dan bermanfaat untuk dinikmati oleh masyarakat melalui jenama-jenama dibawahsyarikat kami.